Quantcast
Channel: burp@ – JMR23
Viewing all articles
Browse latest Browse all 132

Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka

$
0
0

Warong Laksa Telor Sarang.

Melaka, antara negeri yang sentiasa menjadi kunjungan kami sekeluarga. Bukan sekadar tempatnya menarik, tetapi terdapat banyak makanan yang menarik dan sentiasa menjadi viral di Melaka. Termasuklah Laksa Telor Sarang dan Mango Float Royal Melaka.

Inilah carian kami semasa kunjungan ke Melaka sebelum bulan Ramadan yang lepas. Sambil menyelam, sambil minum air kan!

Laksa Telur Sarang (RM5), Mango Float (RM5.50)

Senang sahaja nak ke Warong Laksa Telor Sarang ni. Guna WAZE~lah. Bila dah sampai kat sini, konfem kau orang akan notice, sebab jem, kereta parking kiri kanan jalan. Padahal ada je kawasan parking disediakan..hehe.. Warung terletak bersebelahan dengan Mango Float Royal Batu Berendam.

Ala, kata isteri aku, mango float ni pun viral juga sebelum ini. Bab viral tak viral, aku tak perlu Google, aku terus tanya isteri saja..hehe

Pada pemerhatian aku, ramai yang suka berhenti menjamu di sini disebabkan banyak menu sedap dan unik ditawarkan di kedai-kedai ini. Tepuk dada, tanya selera.

Variasi Menu Selain Laksa Telur Sarang.

Pilih sahaja nak makan apa. Ada laksa telur sarang, ada meatball, ada nasi ayam, ada keropok lekor cheese, lempeng, roti telur goyang dan sebagainya.

Aku sebenarnya bukalah penggemar tegar menu laksa, nak-nak sewaktu cuaca panas. Tapi kali ini, nak cuba punya pasal, semangkuk tu pun tak cukup hoi. ‘Curi’ sedikit daripada portion isteri. Padahal portion untuk semangkuk tu dah kira banyak. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sedap. Cukup rasa.

Ada pula telur sarang yang unik tu. Pertama kali aku makan telur digoreng sebegitu. Dayyan dan Danish seperti biasa bila travel. Menu-menu simple seperti meatball dengan mashed potato memng kegemaran dua orang ni.

Kat mana Mango Float Royale ni? Batu Berendam dik. Asyik datang Melaka minum coconut float Klebang je, kali ini kita tukar selera pula. Asam Pedas Melaka dah biasa sangat, kita tukar Laksa Telur Sarang. Selepas ini dah boleh masukkan Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka ini sebagai tempat makan wajib singgah di Melaka.

Barulah pelbagai momen dalam kenangan kan.

Nak datang sini, WAZE je ok. InsyaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga, boleh cari di alamat ini:

Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat
Batu Berendam, 75350 Melaka
Waktu Operasi :
Isnin – Sabtu (12 tengahari – 6.30 petang, 8.30 malam – 11.30 malam)
Ahad (11.00 pagi – 6.00 petang)

The post Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka appeared first on JMR .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 132

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.