Kedai Kopi Hai Peng Kemaman sentiasa menjadi ‘port’ kegemaran aku & famili untuk bersarapan pagi ketika dalam perjalanan balik kampung. Aku akan merancang masa perjalanan pulang ke kampung supaya sempat bersarapan pagi di sini, sekitar jam 8.30 pagi. Kedai Kopi Hai Peng memang terkenal dengan kopi & roti bakarnya yang sedap sejak tahun 1940. Jadi, datang Terengganu, jangan lupa masukkan Kedai Kopi Hai Peng dalam senarai carian ‘kedai makan sedap di Terengganu’.
Menu sedap yang wajib kami makan setiap kali singgah bersarapan pagi di Kedai Kopi Hai Peng. Sebungkus Nasi Dagang Terengganu dan secawan kopi panas. Kaww dianyer kopi oii..kopi kat sini diorang bakar sendiri biji kopi dan dikisar. Nasi dagang tu dah siap bungkus, just ambil, buka bungkusan tu dan tuangkan kuah ikan tu mengikut jumlah yang korang nak..nak sedap lagi, ambil la dua tiga bijik cili tu, makan bersama..fuhh..
Roti bun bakar ni memang kegemaran abang Dayyan dan adik Danish..Seri Kaya kat sini sedap gila, resipi rahsia Hai Peng ni memang takkan korang dapat kat mana-mana. Lain macam sedap dia tu.. datang sini, wajib cuba roti bakar, tak kisahlah bun ke, roti keping ke..janji ianya dibakar dan disapu kaya..
Selain tu, ada gak menu-menu lain seperti nasi lemak ikan tongkol, mi goreng, mihun goreng, ketupat, nasi himpit dan aneka kuih-muih tradisional Terengganu yang konfem takkan dapat kat negeri lain.
Burpp…Alhamdulillah..dah boleh sambung 4 jam lagi perjalanan ke Besut selepas bersarapan di sini. Hmm..tapi biasanya perjalanan aku akan lebih mencabar, Ye la, makanan sedap, sebungkus nasi dagang memang takkan cukup, perut kenyang, mata pun konfem ‘melayu’ jer..serius, datang area Kemaman, rugi kalau tak cuba makanan sedap Terengganu yang terdapat di Kedai Kopi Hai Peng ini.
Kedai Kopi Hai Peng
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman,
Terengganu.
Tel: 09-859 7810
The post Sarapan Pagi di Kedai Kopi Hai Peng Kemaman. appeared first on The Daddy Blogger.