Sedia maklum, Melaka antara negeri yang sangat dekat di hati aku. ecece..Bukan ada sebab-sebab yang tersembunyi. Ada 2 sebab utama; kerana kerja & famili aku memang suka ke Melaka.
Kerja tu tak perlu cakaplah kan. Komitmen. Untungnya, kalau ada projek di Melaka dalam tempoh yang agak panjang, boleh ambil kesempatan untuk mencuba pelbagai menu di tempat-tempat makan menarik sekitar Melaka.

Melaka juga menjadi tempat pilihan anak-anak dan isteri untuk percutian singkat kami. Jarak tak terlalu jauh dari rumah, pilihan hotel yang menarik & berbaloi serta variasi menu makanan sedap yang terdapat di sini. Jujur kata, banyak lagi senarai tempat makan sedap di Melaka yang belum kami terjahi.
Tetapi, kalau ada yang bertanya tempat makan sedap dan tempat makan wajib singgah di Melaka, pasti 3 restoran ini akan aku cadangkan.
1.Restoran Ee Ji Ban, Taman Melaka Raya
Ayam ayam bebola memang antara makan popular di Melaka. Sayangnya, kebanyakan restoran yang menyediakan menu Chicken Rice Ball adalah tidak halal. Cari punya cari, aku ada terjumpa satu restoran yang menyediakan Chicken Rice Ball yang halal, tidak jauh dari Bandar Hilir.
Pertama kali ke sini, aku dah tahu konfem akan ada trip-trip yang seterusnya setiap kali datang ke negeri yang penuh bersejarah ini. Serius, sedap dan berbaloi. Bukan nasi ayam je yang sedap, beberapa menu lain juga berjaya menambat selera aku….
[ CARA BERKESAN KAWAL PARAS KOLESTEROL DALAM DARAH ]
2. Restoran Asam Pedas Jr, Bandar Hilir Melaka
Asam pedas memang sinonim dengan negeri Melaka. Tak sukar mencari restoran yang menyediakan menu asam pedas Melaka, cuma nak cari yang sedap dan kena dengan selera aku tu yang sedikit sukar. Kat area Bandar Hilir, memang banyak restoran atau kedai makan yang menyediakan menu kegemaran ramai ini.
Kalau tanya aku, mana satu restoran asam pedas sedap dan terbaik di Bandar Hilir, aku akan rekemenkan Restoran Asam Pedas Jr Bandar Hilir ini. Jangan lupa pesan Asam Pedas Ikan Parang..terbaik!! Jaga-jaga tulangggg..
3. Sate Celop Warisan, Taman Lagenda
Sesiapa yang mencari restoran yang santai dan sesuai untuk sesi ‘lepak’ bersama famili atau kawan-kawan, sambil makan makanan yang sedap dan menarik, aku cadangkan korang ke sini – Sate Celop Warisan di Taman Lagenda. Semestinya, menu utama adalah sate celop. Siapa yang tak tahu macam mana rupa satu celop tu, boleh baca blog post kat bawah ni..penat aku karang panjang-panjang..hehehe
4. Melantak Steak Hub, Kota Syahbandar Melaka.
Kalau di Lembah Klang terkenal dengan Me’nate Steak Hub, di Melaka kita ada Melantak Steak Hub. Eh janganlah gelak. Betullah..nama restoran ini macam ni..
Melantak Steak Hub juga menyediakan menu-menu Baratt berasakan daging lembu/kambing yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kalau rasa-rasa dah bosan makan asam pedas atau nasi ayam bebola dan tekak inginkan masakan selera barat, ini tempat terbaik untuk anda memuaskan nafsu makan..insyaAllah puas hati..
Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!
Sebenarnya banyak lagi tempat makan sedap di Melaka yang belum aku pergi. Tunggu masa nak pergi je ni. InsyaAllah, aku akan sambung update senarai tempat makan di Melaka di entri ini dari semasa ke semasa setiap kali aku berkunjung ke sana.
Senang untuk rujukan awak dan saya, kan?
Ingat MELAKA, ingat “DON’T MESS WITH MELAKA”..
The post 4 Tempat Makan Wajib Singgah di Melaka. appeared first on The Daddy Blogger.