Quantcast
Channel: burp@ – JMR23
Viewing all articles
Browse latest Browse all 132

Sup Tulang Merah Banafee Village, Johor Bahru

$
0
0

Banafee Village Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru

Ok aku sambung cerita makan-makan kami semasa trip ke selatan tanah air. Aktiviti wajib setiap kali ke tempat orang, pasti akan Google ‘tempat sedap sedap’ dan baca review daripada rakan-rakan Blogger yang pernah ke tempat tersebut. Aku lebih suka baca review blogger yang santai dan tak dibayar, barulah aku boleh konfemkan tempat makan tu betul-betul sedap atau pura-pura sedap..haha..Malam pertama kami dah ke restoran kacang pool sedap di Johor, malam kedua kami menjamu selera di Restoran Banafee Village yang terletak di Jalan Dato Abdullah Tahir.

Jalan Dato Abdullah Tahir terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, GBW Hotel. Sepanjang jalan ini, ada beberapa restoran yang kelihatan meriah dengan pelanggan. Memandangkan aku dah buat keputusan untuk ke Banafee Village, restoran milik keluarga pelakon dan penyanyi terkenal Betty Banafe tetap menjadi destinasi aku. Aku tahu tentang Banafee Village ni melalui blog review. Cuma aku sedikit konpius yang mana satu sebab kat area ni ada di restoran yang mempunyai nama yang sama-sama. Last last aku ke Banafee Village yang lebih besar dan ada ruang parkir yang lebih besar di sebelah kirinya.

Three Layer Tea RM5.20

Ruang makan di Banafee Village sangat luas. Ada perkiraan mata kasar aku, boleh tempatkan lebih daripada 200 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Jangan risau waiter tak perasan bila kau orang angkat tangan untuk buat pesanan, sebab setiap meja disediakan butang panggilan. Tekan je, pasti krew diorang akan datang ke meja kau orang!

Aku suka kedai makan sebegini. Tempat selesa, servis pantas. Tak sampai 5 minit aku membuat pesanan, air Teh 3 Layer aku pun sampai. Makanan semestinya mengambil masa sedikit lama kan.

Selesa dan pantas satu hal. Sedap pun satu hal tambah lagi!

Alhamdulillah, pesanan aku dan isteri aku pada malam itu serius sedap. Isteri aku pesan sepinggan Banafee Special Kwey Teow. Ok, menu ni memang spesel, sesuai dengan namanya. Isteri aku memang peminat tegar ‘kuew teow’ tapi ini pertama kali rasanya lain daripada lain.

bANAFEE vILLAGE jOHOR
Banafee Special Kwey Teow RM14.00

Kuew teow digoreng basah, disupport dengan isi ayam dan brokoli yang ada rasa manis-manis. Mesti kau orang tertanya rasa dia macam mana kan. Sila bayangkan, ada rasa tomyam siam, ada pedas-pedas sikit, ada masam masam dan manis dalam satu masa!

Kecur plak air liur aku hoi!

Tu belum tengok lagi apa yang aku melantak di Banafee Village ni. Sup Tulang Merah , tulang lembu 3 ketul dengan roti bakar!

Sup Tulang Merah 3 pcs RM26.00 & Garlic Bread 5 pcs RM6.00

banafee village johor bahru

 

The post Sup Tulang Merah Banafee Village, Johor Bahru appeared first on JMR .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 132

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes